Dgn nama Allah yg Maha Pengasih & penyayang…
Sejak akhir2 ni (sbnarnya sejak dulu lgi.. hehe), aku byk berfikir mengenai permasalahan kehidupan yg insyallah sepatutnya disedari dan difikiri oleh setiap org. Permasalah2 seperti tujuan hidup, siapakah diri kita sebnarnya, apakah yg ingin dicapai dlm umur kita yg pendek ini, penyelesaian masalah hati dan lain2 sebnarnya menjadi tunjang kepada penerusan hayat kita didunia ini. Meski pun persoalan2 diatas berjaya dijwb ngan baik sekali pun, dialog ini akan berkeseinambungan dgn soalan2 seperti bagaiman utk melaksanakannya, apakah perkara2 yg mungkin akan menghalang. Kini Insyallah, aku akan cube utk membuka satu demensi baru dlm mencambahkan pemikiran kita.
Simple atau progressive. Kadang2 aku tertanya, “knapa masalah ini masih belum selesai walaupun sudah berlarutan bertahun2”. Sbnarnya, dlm kita menyelesaikan perkara, kita perlu melihat pada situasinya. Tidak salah kita menjadi simple mahupun complicate (aku menggunakan perkataan “complicated”) Pendekatan kita mestilah sesuai. Jika isunya tidak melibatkan suatu perkara sukar, sebagai contoh isu2 dirumah taman bernam dimana pemboleh ubahnya insyallah semuanya boleh ditangani, makanya yassir wa la tu assir, perkara yg mudah kenapa sahaja tidak dipermudahkan (analogi tggl dalam gua pun diaplikasikan di sini). Tapi harus dingat sifirnya, pemboleh ubah mudah serta kepentingannya pun kurang, timbang2 sebaiknya. Tetapi harus diingat, allah menjadikan dunia ini indah, bkn semua perkara itu mudah dan tidah perlu diperhalusi. Cantik, saling melengkapi.
Sikap kita yg sering mengambil mudah memukul rata dalam setiap perkara itu sbnarnya byk membawa mudharatnya yang tersendiri kepada kita. Pernah sekali, seorang shabat yg berjuang bersama2 kita menyelar kita seorang yg sambil lewa dalam perjuangan (smbil lewa dlm perjuangan adalah sesuatu tuduhan yg sgt serius lebih2 lgi apabila rakan2 kita dpt melakukannya dgn sepenuh hati). Perit utk ditelan. Tiada niat di hati utk sambil lewa, tetapi sikap meletakkan simplistic di tempat yg salah menjadikan kita gagal utk meletakkan sesuatu pada tempatnya dan membawa kepada akibat2 yg lebih buruk yg mungkin kita tidak jangkakan. Kata2 pujangga, “If you fail to plan, you plan to fail”. Mudahkan? Kata2 aku, “If you don’t plan your life properly, you are planning to ‘fail miserably’ in this short term period life and hereafter”. Istilah fail tidak dinisbahkan secara total kepada kegagalan didunia kerana kegagalan diakhirat lebih menyakitkan dan menakutkan.
Kesimpulan, tidak salah utk menggunakan mana pendekatan antara simple atau complicated jika pendekatan tersebut bersesuaian dgn waqi’ atupun kondisi sesuatu permasalahan itu. Rugilah kita jika sesuatu perkara itu gagal di selesaikan hanya kerana kesilapan kita yg gagal utk memperhalusi, dan akibatnya berlaku pembaziran pemikiran disitu. Moga2, ini dapat menjadi pencerahan kepada kita dan seterusnya dpt menjadikan kita sebagai manusia yg lebih baik demi mendpt redho allah insyallah
~hrmm.. mungkin aku patut tukar pendekatan dlm berhadapan dgn beberapa perkara... Moga allah memberikanku jalan keluar.. amin..
No comments:
Post a Comment